Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 31 Januari 2010

Apa padangan Aduka Taruna kepada GB?

Saya menyelongkar artikel-artikel lama untuk menunjukkan bahawa apa yang saya bawa ini bukan perkara kecil tetapi menjadi isu besar. Aduka Taruna sendiri pun tak setuju dengan GB. Dengar sendiri apa yang diperkatakan.

Analisis isu : Webmaster Tranungkite meletak jawatan.


video

...

Apabila kepala penulis blog telah masuk air

Saya merasai selepas Aduka Taruna mendapat "gelang besi" sementara untuk beberapa hari, blog akan menjadi tenang daripada emosi dan nafsu ego. Tapi semua ini tidak menjadi kenyataan. Rupanya anjing-anjing liar tanpa tuan terus mencari mangsa mencengkam dan membunuh tanpa sebarang alasan dan signal.

Seorang penulis blog Greenboc atau nama sebenarnya Zulkifli Harun telah menulis dan mengulas isu keputusan Lembaga Dispilin PAS dengan memberikan tajuk SAH, UG Memang Binatang! dengan meletakkan gambar Dato' Mustafa Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai penyeri artikel.

Antara lain tulisan greenboc ialah:-

Sabtu, 30 Januari 2010

Ali Bagan Pinang Penyebar Dusta Cuba Memecahbelah PAS

Saya mendiam diri setelah melihat keadaan fitnah di dunia internet kepada Gerakan Islam dan pendokongnya sudah mula reda. Walaupun isu Aduka Taruna menarik untuk diulas kerana dengan izin Allah kes ini mendedahkan beberapa pertualang yang cuba merosakkan Gerakan Islam. Mereka berkerja seperti paparazzi yang membentuk persepsi jahat kepada beberapa orang pimpinan Gerakan Islam.

Allah Maha Kaya akhirnya mereka ini telah terdedah bukan ahli Gerakan Islam tetapi hanyalah anjing liar yang berkeliaran yang mencari mangsa demi nafsu.

Ok kita tinggal dulu isu Aduka, kita fokus kepada pertualang yang menjadi tajuk perbincangan kali ini. Saya tidak minta sesiapa mempercayai saya kerana saya menulis mengikut pendapat dan hujah saya. Sama juga bila saya menulis mengenai keahlian PAS YB Saifuddin Nusation dengan fakta tarikh serta no. ahli dengan membuat penafian tentang kenyataan YB Saifuddin di media. Fakta ini boleh dicari dan di ketahui mengikut tempat keahlian itu didaftar tak perlu anda semua mengulasnya. Fakta tetap fakta!

Selasa, 12 Januari 2010

Saifuddin Nasution, mana satu nak guna pakai ni!


Semalam Saifuddin Nasution Ismail telah dilantik menjadi Setiausaha PKR mengantikan Dato' Saleh. Kenyataan rasmi oleh DS Anwar Ibrahim menyebut jelas tentang perkara ini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan" - Anwar Ibrahim

Hari ini akhbar telah memainkan isu sama ada Saifuddin ini ahli PAS atau PKR? Beberapa teori tentang keahlian PAS Saifuddin telah menjadi perbincangan.

Ahad, 3 Januari 2010

Malaysian Waves Blog Celaka Mengikut Tuan Guru Nik Abdul Aziz?


The MalaysianInsider telah mengulas isu bahawa Husan akan meletak jawatan. Laman yang sama juga menyebut bahawa Setiausaha Politik, Anual Bakhari Haron dan Setiauhasa Akhbar, Mohd Saiba Yaakub akan digugurkan.

Keesokkannya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz menafikan maklumat ini dengan mengatakan kita semua sayang kepada dia (Husam). TGNA juga memberitahu dua setiausaha kanannya sah akan meninggalkan jawatan mereka atas keputusan sendiri awal tahun depan dan menyangkal ia berkaitan dengan tekanan politik.

Jumaat, 1 Januari 2010

Tulang Besi menamatkan tahun 2009 dengan Fitnah kepada TranungKite

Mulut bersumpah dengan nama Allah tapi dalam masa lain mulut yang bersumpah dengan nama Allah ini bermain-main kata fitnah memburuk-burukkan orang lain kerana marahkan saya.

Jahat betul mulut dan lidah tidak bertulang. (....tapi lidah ini bertulang, bertulang besi pulak tu!!)

Apa guna menulis perkara yang baik kononnya tapi dalam masa yang sama ekor bergelumang dengan najis. Hati busuk memburuk-burukkan orang lain yang tak ada kaitan dengan aku!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog