Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Isnin, 22 Februari 2010

Mengapa Tulang Besi Menjadi Pengemis untuk Tabung Guaman?

Tulang Besi nama sebenar Abdul Rahman Talib ahli PAS dan juga ahli UMNO Taman Melewar, yang pernah mendakwa gajinya 6 kali ganda gaji exco sekali lagi mengemis mencari sempati untuk menyara hidup.

Sebelum ini kita telah tertipu dengan rayuan simpati dan bantuan kewangan untuk pulang kononnya tak ada duit untuk hadir ke perjumpaan konvesyen blogger PAS di Taman Melewar.

Apabila saya menulis menyebut tentang tipu muslihat si Tulang Besi ini akhirnya dia mengaku dan menunjukkan alim untuk mensedekahkan wang RM1400 (entah betul entah tidak kita tak pasti) yang telah didermakan orang ramai kepada dia.

Jumaat, 19 Februari 2010

Antara Al Husseyn dengan Ibnu Hasyim

Saya terbaca satu petikan tulisan Ibnu Hasyim dalam blognya berbunyi "Teringat saya puluhan tahun lalu, saya pernah menganjurkan ceramah PAS di Pulau Pinang (saya tak ingat pasti tempat ceramahnya), waktu itu rombongan ustaz Hadi datang lambat. Bila ditanya mengapa lewat, anggota rombongannya menjawab,

"Ustaz Hadi nyaris maut kerana jirannya minta tolong tangkap orang gila yang sedang mengamuk berhampiran rumahnya. Tiada orang lain yang sanggup menangkap pada masa itu, maka beliau terus cuba menangkapnya. Parang panjang melintasi atas kepalanya, hingga terjatuh serbannya. Akhirnya orang gila itu berjaya ditundukkan dan beliau selamat, alhamdulillah!"
Tulisan penuhnya boleh di baca di sini http://www.ibnuhasyim.com/search?updated-max=2010-02-18T21%3A16%3A00%2B08%3A00&max-results=7

Suka saya membuat perbandingan dengan tulisan Al Husseyn dalam blognya pula.

Isnin, 1 Februari 2010

Mengulas tulisan PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger..

Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Ibnu Hasyim dalam blognya bertajuk PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger.. Ibnu Hasyim dalam hujah pendapatnya telah mengemukan beberapa pandangan daripada blogger iaitu edyesdotcom yang telah berhenti daripada berblog kerana tidak puas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin PAS yang diterajui oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ibnu Hasyim juga mengemukan pandangan Ustadz Zorkharnain Abidin, Exco Dewan Ulama PAS Pusat antara lain mengatakan;

Tidak wala’ bermaksud tidak patuh, tidak taat, tidak dengar, tidak akur dengan keputusan dan tindakan pimpinan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog