Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 20 April 2010

Tok Guru Nik Abdul Aziz perlu turun ke Hulu Selangor

Daripada maklumat dan tinjauan yang dibuat, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat boleh dibanggakan. Angin perubahan untuk kembali kepada Barisan Nasional masih belum wujud, apatah parti MCA masih beum pulih sepenuhnya setelah karam begitu lama.

Walaubagaimana pun, masyarakat Cina adalah satu masyarakat yang sukar untuk ditentukan kecenderungan politiknya kerana masyarakat Cina boleh buat kejutan dalam sokongan.

Tinjauan awal daripada Bilik Gerakan PKR juga menunjukkan angka yang melegakan. Hanya ada sekit masalah untuk kaum India, kerana wakil BN juga daripada kaum tersebut. Saya hanya boleh sebut kaum India adalah 50-50 bergantung bagaimana perayu dan strategi pada hari-hari akhir kempen nanti.

Hulu Selangor yang merupakan kubu kuat BN dan satu kejutan telah dilakukan pada pilihan raya umum Mac 2008, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (meninggal akibat barah otak) merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi. (Allahyarham memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel mendapat 22,979 undi)

Satu perkara yang menarik juga perlu diambil perhatian ialah Pakatan menguasai kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi dalam masa yang sama tiga DUN didalam parlimen berkenaan iaitu Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu dikuasai oleh BN dengan majoriti yang agak besar. (sila lihat petunjuk keputusan pilihan raya ke-12 di bawah)

Oleh itu saya lebih suka meletak target untuk undi kaum India adalah 50-50.

Agak bermasalah sedikit dengan kaum Melayu diamana peratus undi kaum Melayu berdasarkan pilihan raya 2008 adalah 53.94%. Undi Melayu adalah penentu dan UMNO/Barisan Nasional telah menggunakan sebahagian besar tenaganya untuk menyerang kaum Melayu khusus dalam isu-isu keperibadian calon Pakatan Rakyat.

Sebab itu kita tidak hairan hampir semua media kerajaan telah menyerang Datuk Zaid Ibrahim dengan isu arak, saman hudud dan berjudi.

Satu lagi serangan yang agak mengejutkan ialah menarik keluar orang-orang kuat PKR untuk masuk UMNO pada saat-saat kempen pilihan raya ini.

Semasa di program ceramah PKR di Dewan Sg Selisek, boleh berada atas pentas bersama dengan DS Anwar. Tapi bila tidak dicalonkan??

Pengistiharan bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat yang juga merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai calon Pakatan Rakyat untuk Hulu Selangor adalah antara aturan pemainan politik yang cukup licik.

Jika PKR memilih dia sebagai calon, sudah tentu PKR akan dimalu besar dan senjata dan racun ini akan memakan PKR untuk selama-lamanya. Mungkin Allah mahu selamatkan Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS, PKR dan DAP bagi memastikan suara rakyat terus mendapat tempat di hati rakyat.


Perkembangan muktahir ini, dua calon bebas telah di"beli" oleh pihak UMNO/Barisan Nasional bagi mengelakkan undi kaum India dan Melayu berpecah di sebelah MIC dan UMNO.


Satu lagi faktor yang boleh membantu menaikkan undi Melayu ialah kekuatan sokongan dan jentera parti PAS. Jentera parti PAS diketuai oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Selangor di bawah Pesuruhjaya PASnya ialah Dr Hassan Ali.

Dua individu ini telah diserang dengan begitu hebat dan dikaitan hubungan UMNO. Walaupun usaha memulihkan tuduhan liar ini telah dilakukan, namun mereka yang dengki masih menggunakan blog dan media elektonik lain untuk menyerang jentera parti PAS.

Sebab itu tidak hairan Tulang Besi dan laman Perisik-Rakyat saban hari memainkan isu-isu fitnah untuk melumpuhkan kepercayaan kepada jentera parti PAS.

Selain daripada itu, laman Malaysia Insider melalui tulisan Adip Zulkapli membuat telahan yang tidak betul. Begitu juga dengan akhbar The Star melalui ruangan Joceline Tan turut membantu mengadu-domba dengan melaporkan kononnya PAS Selangor bawah Dato Dr Hasan Ali tidak akan beri kerjasama kepada PKR lantaran pemilihan Dato Zaid sebagai calon.

Lagu ini pula dimainkan oleh blog-blog seperti Tulang Besi dan Perisik-Rakyat supaya kebencian kepada dua tokoh PAS ini tidak padam.

Malah ada blog yang tidak sedang silu membuat fitnah dengan tuduhan yang tidak betul hampir sama gerakerjanya seperti blog-blog UMNO dengan mengatakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin tidak hadir dalam program-program penting bersama Pakatan Rakyat khususnya PKR.

Walapun dalam hujan, masih gah memberi taklimat kepada jentera parti PAS untuk memastikan Pakatan Rakyat Menang di Hulu Selangor.

Kita sudah maklum Tok Guru Haji Abdul Hadi berkampung di Hulu Selangor bagi memastikan Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil ini. Malah hubungan baik antara pemimpin PAS yang bertelagah juga dirasai dalam PRK ini. Khalid Samad bersama membantu dan menghantar tenaga kerja dikalangan anak muda Shah ALam.


Walaupun TGHH berkampung tapi usaha jahat dengan laungan "Geng Perpaduang" oleh blogger celaka amat memilukan dan ini memerlukan TGNA untuk turun sama berkempen bagi membantu jentera PAS yang diketuai oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Mengikut sumber maklumat daripada Wan Nik Wan Yusuf Setiausaha Politik MB, TGNA dijangka akan ke Hulu Selangor pada 23 April ini bagi membantu jentera pilihan raya PAS dan Pakatan Rakyat selepas pulang daripada Mekah. TGNA diminta datang terutamanya di kawasan hitam; kawasan felda.

Semoga kedatangan TGNA nanti akan membantu jentera PAS bagi memenangkan Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili Pakatan Rakyat. Gandingan TGNA dan TGHH dalam kempen-kempen terakhir nanti akan melenyapkan racun jahat Abdul Rahman @ Tulang Besi melalui blognya dan Perisik-Rakyat telah sedikit sebanyak merosakkan kempen jentera parti PAS secara tidak langsung.


###

Keputusan PRU12:

P94 HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad
(PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)
Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,46

N5 - Hulu Bernam

Jumlah Pengundi: 17,549
Peratusan Kaum: M:67.7% C...: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%
1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar
(BN) (7,985)
2. Sukor Ali (Pas) (4,436)
Majoriti: 3,549
Jumlah undi: 12,739
Peratus mengundi: 72.59%
Undi rosak: 318

N7 - Batang Kali

Jumlah Pengundi: 27,832
Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%
1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724)
2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545)
Majoriti: 2,179
Jumlah undi: 21,673
Peratus mengundi: 77.87%
Undi rosak: 404

N6 - Kuala Kubu Bharu

Jumlah Pengundi: 18,212
Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%
1. Wong Koon Mun (BN) (6,555)
2. K. A. Ramu (DAP) (6,107)
Majoriti: 448
Jumlah undi: 13,211
Peratus mengundi: 72.54%
Undi rosak: 549

Isnin, 19 April 2010

Penyamun minta maaf, beri wang saku

Kejadian di Kuantan, tiga penyamun bertopeng sempat meminta maaf dan memberi wang saku kepada mangsa dalam satu kejadian pecah rumah di Kampung Kuala Lepar, Paloh Hinai dekat Pekan, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, tiga penyamun yang memasuki sebuah rumah milik seorang peniaga kedai makan memberikan wang sebanyak RM50 kepada anak gadis mangsa sebelum melarikan wang tunai dan barangan bernilai RM3,000.

Terbayang dan terfikir saling tak tumpah perangai penyamun ini sama seperti UMNO. Rompak duit rakyat dengan pelbagai cukai dan samun hasil bumi dalam masa sama dialah yang membantu fakir miskin, orang yang daif dan memberikan kebajikan kepada rakyat..

Kerana duit RM50 itu, anak gadis mangsa rompakan akan memuji-muji kebaikan perompak berkenaan. Boleh buat reload Handphone..

Ahad, 18 April 2010

Antara Pulau Chondong, Manek Urai dan Hulu Selangor

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor adalah kayu pengukur kepada PKR sejauh mana serangan ke atas parti berkenaan setelah ramai dikalangan ahli MP dan Adunnya keluar parti.

Malah juga menjadi pengukur sejauh mana eratnya hubungan komponen parti dalam PR bagi memastikan Selangor terus kekal ditangan PR setelah pelbagai isu sensetif timbul bermula dengan isu PAS-DAP dalam hal-hal agama, menyerang PAS salah satu rakan PR dengan isu UG dan pertemuan sulit UMNO-PAS dan Kemudian isu keluar parti dan MP/ADUN Bebas terutamanya PKR.

Serangan dengan isu UG dan PAS ingin bersama UMNO masih dimainkan secara halus dalam PRK kali ini oleh "blogger celaka" (seperti yang disebut oleh TGNA) bagi mempertingkaikan kewibawaan Pengarah Plihanraya Kecil Hulu Selangor Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Seberang halus maklumat palsu kononnya Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin tidak hadir dalam program penting bersama PR dalam PRK ini dimainkan. Tidak lain tidak bukan hanya untuk melupuhkan jentera PAS dan memecahkan belah kesatuannya konon ada dua puak masih tidak sebulu. Mereka juga cuba melebarkan perbezaan ini dengan menyebut perkara ini dalam setiap tulisan yang dipaparkan dalam agar nampak ada UG dan Erdagon.

Kenapa UG diulang-ulang dalam setiap tulisan di internet? Sedangkan perkara ini telah dijelaskan oleh Presiden sendiri? Tidak lain hanya untuk membangkitkan rasa berpuak-puak dalam PAS.

Kalau anda terlibat dengan PAS secara aktif, dalam mana-mana aktiviti seperti usrah, qiamullail, tamrin, sukan, muqayyam, liqa', mesyuarat, hari keluarga dsbnya tidak timbul lagi UG. UG dah mati. Kenapa perlu dihidupkan semula barang yang dah mati??

Kenyataan TGHH dalam mana-mana perjumpaan, telah diberitakan didalam Harakah sudah cukup untuk kita tawakuf perkara ini kerana ini adalah perbezaan pendapat yang tidak memudharatkan jika tiada yang mengapi-apikan dengan mencampur adukan berita dan maklumat palsu. Mencipta fitnah yang bukan-bukan dengan tuduhan yang tak berasas.

TGHH ada menyebut;

Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

(rujuk http://anakcucunabiadam.blogspot.com/2009/06/apa-kata-tghh-tentang-kerajaan.html)

Saya melihat usaha awal kumpulan ini melemahkan jentera pilihanraya parti bermula dengan melemah kewibawaan harakahdaily itu sendiri dengan berita kononnya ada pemecatan wartawan harakahdaily Zainulfaqar.

Cara olahan berita ini dibuat dengan mengaitkan Ustaz Abu Bakar Chik bagi tujuan menambah kebenciaan sedangkan Ustaz Abu Bakar Chik tidak bercakap pasal itu pada mesyuarat tersebut. Kenapa pembohongan ini dibuat oleh Abdul Rahman Talib @ Tulang Besi?

Fitnah yang licik telah ditulis dengan begitu prajudis boleh di baca artikel Zainulfaqar dipecat daripada Harakahdaily?

Abdul Rahman @ Tulang Besi juga menulis dengan maklumat ini dan dia sedar bahawa kedudukan PRK ini agak sengit dan dia telah memainkan jarum untuk merosakkan jentera Pakatan Rakyat dengan memecah belahkan PAS serta menambah kecurigaan PKR kepada sesetengah pimpinan PAS.

Maklumat saya dapat adalah sesiapa sahaja yang akan menang kerusi Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil nanti, mereka tidak boleh menang dengan
majoriti yang selesa.

http://www.malaysiawaves.com/2010/04/hulu-selangor-jadikan-pulai-chondong.html

Awas musuh dalam selimut yang menulis seolah menyokong dan prihatin tetapi dalam masa yang sama sebenarnya untuk melaga-laga pimpinan PAS, menanam bibit rasa curiga PKR kepada sesetangh pimpinan PAS dengan ini akan melemahkan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat itu sendiri.

Abdul Raman @ Seluar Dalam ini jugalah yang menjadi musuh dalam selimut dalam beberapa plihanraya sebelum ini berjaya merosakkan hubungan erat Pas Kelantan dan PAS Terengganu dengan label geng Terengganu (geng perpaduang) sehingga pilihan raya kecil Manek Urai menyebabkan PAS hampir tewas kerana racun fitnah dia.

Kenapa timbul Presiden PAS tak perlu berkempen di Manek Urai, hanya TGNA sahaja yang umum calon, PAS Terengganu dihalang dalam Kempen berkenaan dan hasilnya sudah kita lihat dan rasai sendiri. PAS hanya menang dengan majorti 65 undi. (sila rujuk http://prkn41.pas.org.my/)

Abdul Raman Seluar Dalam @ Tulang Besi adalah musuh dalam selimut yang bercakap tentang Pulau Chondong tetapi tidak mengambil aktibar daripada artikel-artikel fitnahnya. Awas sikap tidak berhati kita menyebab kita terikut-ikut dengan retak tari musuh akhirnya kita akan menyanyikan lagu yang sama. Tanpa disedari kita membantu meruntuhkan Jamaah yang kita bina selama ini atas nafsu dendam seseorang.

hubungannya dengan UMNO Taman Melewar masih belum dijawab sampai hari ini.

Ambillah pengajaran daripada Manek urai, rapatkan hubungan sesama kita, maaflah sedikit sebanyak perbezaan yang kecil dan khilaf, Jangan jadi blogger celaka seperti yang selalu diucapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Cuba memahami hasrat Presiden PAS tentang Calon Pakatan Rakyat

Memang hati kecil saya terasa semacam kurang selesa apabila Zaid Ibrahim menjadi Calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PKR. Tapi seperti biasa dan sebelum ini dah banyak kali pilihan raya keputusan parti dalam pembahagian kerusi cukup tidak selasa terutama di Selangor, Penang dan Perak.

Tapi atas dasar kita berpakat, ada yang perlu kita korbankan untuk mendapat hasil pakatan yang baik. Prinsip ini telah mengajar kita erti wala' kepada pimpinan, hatta calon itu daripada DAP sekalipun.

Sokongan padu atas apa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan menjadi natijah bagaimana PAS boleh bergerak lebih 50 tahun dengan begitu baik. Tidak ada puak, tidak ada aliran, tidak ada mereka yang memburuk-burukkan antara satu sama lain kerana pendapat dan pandangannya tidak diterima oleh parti.

Terbaru Presiden PAS menegaskan perkara ini yang telah dipanjangkan dalam penulisan berita oleh Ketua Editor Harakahdaily sendiri Zulkifli Sulong dengan tajuk Presiden PAS arah sokongan 100% kepada Zaid.

Dalam penulisan berkenaan Zul Sulong mengatakan bahawa;

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.
Kalau dibaca cara Zul menulis, menunjukkan kesungguhan hingga disebut PAS lebih dulu daripada PKR semacam atau seolah-olah PAS yang lebih bersungguh mahukan Zaid Ibrahim sebagai calon.

Saya tidak mendengar sendiri dan tak mengetahui mengenai Majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam. Oleh itu sukar untuk saya mengesahkannya. Adakah itu hanya penulisan Zul atau memang ucapan TGHH sendiri.

Zul Solong ada menulis lagi mengenai ucapan TGHH;

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.
Saya sangat setuju. Yang lama kita tolak ketepi dan Islam mengajar kita menjadi pemaaf. Atas dasar pemaaf inilah Islam zaman Rasulullah s.a.w. dulu berkembangan hebat kerana ramai dikalangan pimpinan yang menentang Islam sebelumnya bersama dengan Islam.

Hanya kita minta, dalam semua perkara jangan kita terlalu laju, sehingga memuji-muji dengan membuat perbandingan yang begitu hebat kepada Zaid Ibrahim.

Satu perkara yang perlu diambil kira dan begitu serius diperbahasakan sehingga ada tulisan-tulisan yang mengkritik bagaimana DSAI memilih calon dalam pilihanraya lalu akibat ramai sangat MP/Adun PKR keluar parti.

Atas faktor ini, pemilihan kali ini mestilah benar-benar tepat dan jitu. Saya juga berpendapat pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon dibuat atas faktor kekuatan bahawa dia telah teruji meninggalkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Zaid dilihat lebih mementingkan prinsip kebenaran berbanding kepentingan diri dan kedudukan politik.

Soal-soal sifat dan kerlakuannya semasa UMNO dulu mungkin boleh diambaikan kerana Zaid dalam proses menyuci dan menyesuaikan diri.

Sabtu, 17 April 2010

PAS Reform yang tak berkualiti

Terbaca artikel Aduka Taruna bertajuk Kelantan vs N9 dan T shirt PAS Reform. Gua bukan nak perli lu, Ghua tahu lu dalam keadaan susah sekarang. Gua simpati bhai.

Tapi pasal PAS Reform ghua dengan lu memang tak akan bertemu. Ghua tak berkenaan langsung.

Ghua sayang sama lu, lu bagus. Wan Ji (yang call lu, cakap ana enta) kata Zaid Ibrahim semacam Saidina Omar, dulu zalim sebelum Islam tapi hebat. Betulkan Wan Ji? Ghua rasa lu dengan Xenan macam Ali, kalau tak macam Hamzah.

Baju PAS Reform gua rasa adalah lebih baik lu buat alas kaki, kalau bendera UMNO di kelete tempat isteri lu sekarang ini orang PAS buat "kain basahan" untuk mandi di perigi (telaga kata orang kelete) atau di sungai.

Oh ya, terbaca juga SP dah jumpa Hadi, nanti bolehlah ghua ikut lu sama langar hadi. Wah hebat nanti, siaran langsung TVPAS. Harakahdaily bersama wartawan tersohor Zainulfaqar akan membuat lintas langsung. Glomournya kita masa itu.

Tak terbayang gua!!

Wee Che Keong keluar PKR, tak payah ulang dibeli!

Setiap kali ada ahli MP atau Adun PKR keluar parti, maka berlomba-lomba para blogger akan menulis kononnya dibeli. Saya bukan sokong Wee Che Keong, tapi dah boring dengan rektorik "dibeli".

Kenapa mudah sangat kita melabel mereka ini "lapar" duit? Kalau mereka ini jenis lapar duit, adakah semasa dia orang masuk parti kita dulu kerana duit, kerana kita beli mereka juga duit dan janji kebendaan?

Dulu pernah dalam PAS Malek Hussein dikatakan dibeli berjuta-juta nilaiannya, tapi siasatan secara khusus dibuat tidak seperti yang digemburkan.

Jadi, janganlah menulis dengan maklumat yang tidak tepat semata-mata melepas nafsu sahaja. Buatlah kajian kenapa dan mengapa, dapatkan fakta yang jelas dan benar, barulah menulis. Orang yang membacapun rasa selesa dan mendapat fakta betul.

Fakta yang benar dan tepat membantu kita berhadapan dengan Allah. Dapatkan fakta yang benar dan sahih walaupun kadang kala fakta yang benar dan sahih ini membongkar "maklumat" yang tidak dapat difikir oleh akal yang nyata. Sebab-sebab yang sebenar kadang-kadang kala sengaja merahsiakannya oleh orang atasan.

Sebab sebenar jika dihalusi akan boleh membantu kita menyelesaikan masalah lompat parti. Jika tidak kita tertipu dengan ilusi dan khayalan semata mahu menjadi blogger yang hebat..

Jumaat, 16 April 2010

Ulas Pasal Rangking Blog

Nampaknya setelah gagal untuk menjawab persoalan dan fakta yang diberikan, dalam tempoh gencatan pun mereka menyerang, perangai sebijik macam Isreal yang menyerang Hamas dan Rakyat Palestine.

Ada orang nasihatkan saya komen-komen di blog jangan dilayan sangat, nanti hilang wibawa. Tapi saya berlainan Pendapat pula, apa guna dibuka komen jika dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu saya lebih suka mengambil sikap meraikan pendangan komen walaupun ada yang menyamar berbagai nama tetapi sebenar hanya seorang dua sahaja. Teknologi terkini ilmu IT boleh mengesahkannya.


Ada yang komen pada artikel saya berlainan dengan apa yang ditulis hanya semata-mata untuk menghina dan memburukkan imej laman ini. Saya bawa kan petikannya untuk tatapan pembaca;

aku cucu mamak kutty berkata...

dlm top rangking blog pakatan rakyat....
langsung tak tersenarai blog batuapi.....kahkahkah....sah sah sah le
blog batu api ni bukan blog pakatan rakyat.....akan tetapi batuapi bloger tajaan
umno yg diwujudkan untuk bantu ug,nak cover line konon...taik klu tutup
pun....taik tak nampak tapi bau tetap bucuknya....kahkahkah....tak
caya....tengok top rangking blog pakatan rakyat dlm blog
CENAGAU.....kahkahkah....blog pecacai ug ni tak di iktiraf langsung sebagai blog
pakatan pun.....kahkahkah....lobang dah pecah....kuntut dah bau....ketiak dah
bacin....kahkahkah.....teloq dah nak menetas....lahir le ....ug+BURAGAS=ENAM
JAHANAM.....KAHKAHKAH

Dia menulis menggunakan nafsu, bukan mengunakan akal dan pengetahuan. Bagi yang berpengetahuan, sesuatu perkara akan diselidik kesahhannya, ketetapatannya, kejituaannya dengan mengunakan pengetahuan.

Rangking Blog sebelum ini dikendalikan oleh PerakEkspress saya sebenarnya kagum dengan kesungguhan yang dilakukan kerana teguran dan komentar MSK dalam rangking ini membantu membentuk motivasi kepada blogger agar bekerja keras.

Ini adalah usaha murni.

Walau bagaimanapun masih ada beberapa keraguaan daripada rangking ini tetapi sepatutnya saya tak perlu panjangkan kerana ini tidak membantu. Oleh kerana wujud serangan menggunakan usaha murni MSK dan diikuti oleh blog Cenangau, maka saya perlu memberikan pendapat saya pula.

1. Rangking Alexa bukanlah satu-satu ukuran untuk menunjukkan rating sesuatu laman, banyak lagi syarikat lain boleh digunakan. Alexa mungkin baik tetapi ada beberapa kesahahan dalam menentukan hits perlu di ambil kira.

Rating juga dikira pada 3 bulan operasi. Jika anda menggunakan blogspot, walaupun anda daftar hari ini, blog anda akan dikira telah daftar pada 31 Julai 2000. Ini adalah tarikh blogspot. Pengguna blogspot ada kelebihan dengan menggunakan rangking yang dibuat oleh Alexa.

Lihat blog saya di bawah sebagai bukti. Lihat di sini http://www.alexa.com/siteinfo/batuapi-firestone.blogspot.com# (kalau anda nak semak blog anda hanya sila guna URL ini dan hanya tukar alamat blog sahaja. Biarkan tanda # dibelakang)

2. Untuk mengukur sesuatu blog anda perlu melihat pencapaian blog itu dalam sesuatu masa mengikut sistem audit. Pasal itu jika anda berniaga anda perlu ada audit. Kerajaan sekarang telah melaksankan sistem auditan dalam semua gerak kerja semakannya.

Blog batuapi-firestone, jika dilihat pada pencapaiannya sebulan yang terakhir cucu mamat kutty dan Tulang Besi mesti terkejut beruk!! Sila lihat pada link yang diberi di atas atau pada gambar di bawah:-

aku cucu mamak kutty dan geng Task Force 13, 900% meningkat dalam masa sebulan sahaja. rasanya komen anda tidak terjejak di bumi yang nyata.

Saya pun tak pernah melihat prestasi blog ini, kerana saya menulis atas tanggungjawab. Jika mereka yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai "Blogger Celaka" kembali kepangkal jalan dan menulis dan mengkritik siapa sahaja tanpa mengira bulu, jika Dr Hassan Ali salah kritik dia, jika Hussan Musa silap tegur dia dan PAS menjadi parti yang disegani tanpa ada puak itu dan puak ini, InsyaAllah blog ini juga tidak akan wujud dan batu api yang kadang kala kasaq tegurannya akan hilang ditelan zaman.

3. Balik semula pasal rangking yang dibuat oleh laman Cenangau, dia ikut rangking antarabangsa, bukan rangking Malaysia, pasal itu kedudukan dia terkeliru. Misal kedudukan laman AdukaTaruna dan laman Greenboc juga akan nampak berbeza jika ikut rangking antarabangsa. MSK buat ikut rangking Malaysia.

4. Rangking juga dibuat mengikut niat pembuat, misalnya MSK tidak memasukkan laman TranungKite dan Detikdaily dalam rangking blog Pakatan Rakyat juga boleh menunjukkan tanda tanya kepada mereka yang berfikir.

Katakan TKO dan DD tidak dimasukkan kerana dia adalah portal bukan blog. Habis kenapa Utara Online dimasukkan? Buletin Online juga dimasukkan sedangkan BO adalah laman berita rasmi yang ada pekerja sepenuh masa?

Saya berpendapat, sekadar pendapat sahaja jika TKO dan DD dimasukkan rangking no 1 dan 2 akan dikuasai oleh dua laman ini. Blog Hishamuddin Rais Tukar Tiub tidak akan berada dirangkin no. 1.

Atas dasar ini, MSK mungkin tak begitu suka dengan TKO dan DD maka tak dimasukkan supaya tak nampak bahawa yang menguasai media berbahasa Melayu ialah GENG PERPADUANG kata Tulang Besi, tak begitu??

5. Saya kata rangking dibuat Alexa tak betul. Apa hujah batu api dalam hal ini? Ok saya akan ambil dua blog untuk dibuat perbandingan dan kedua-dua ini adalah dalam carta yang dibuat oleh MSK. Satunya ialah Utara Online dan satu lagi ialah blog greenboc.

Kenapa saya pilih greenboc tak pilih blog Rahman Seluaq dalam. Jawapan mudahnya greenboc adalah yang cukup mahir dalam ICT antara mereka (tapi memang bodoh dalam perlembangaan PAS) dan Rahman Seluaq Dalam adalah manusia paling bodoh dalam ICT. (Takkan dia kata saya boleh akses database maklumat rahsia PAS, hanya yang bodoh ICT boleh kata demikian).

Blog greenboc yang oneline ialah 30 - 70 purata dan kadang kala lebih jika berlaku sesuatu isu, manakala laman UtaraOnline pula antara 220 - 500 dan boleh mencapai lebih. Tapi dari segi rangking Alexa blog Greenboc lebih tinggi rangkingnya berbanding dengan UtaraOnline.

Kenapa?
Anda jawab sendirilah. Lihat gambar perbandingan di bawah. Kalau tak nampak atau buat tak nampak, sila klik gambar di bawah untuk paparan lebih besar!!




Kalau tak ada ilmu dalam sesuatu perkara, tak ada fakta tak payah buat komen buat malu sahaja. Siapa malu, mak bapak anda juga!!

Khamis, 15 April 2010

Ayuh, `Gencatan Senjata' buat blogger yang sedang 'berperang'

Hari ini saya dapat e-mail daripada seorang penulis yang begitu komited dalam penulisan terutama untuk menumbangkan UMNO/BN. Terima kasih kerana begitu prihatin dengan saya dan saya anggap e-mail ini sungguh bermakna.

Jika dibaca pada tulisan saya berkaitan tajuk Pencacai TB menyerang pada komen di blog ini sudah menunjukkan sikap saya. Saya tahu dan sedar akan kepentingan PAS bersama Pakatan Rakyat (PKR) untuk memastikan calon PKR memenangi dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ya kadang kala kita akan menjadi geram dan dukacita dengan sifat serangan yang tak kenal masa kepada Ustaz Nasha yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil hulu Selangor yang sudah tentu akan menjejaskan prestasi PAS dalam memberikan bantuan kepada Pakatan bagi memenangi PRK kali ini.

Di bawah ini saya panjang keseluruhan artikel daripada Wan Fauzdin NS untuk tatapan semua. InsyaAllah jika kesempatan saya akan ulas sedikit sebanyak.

#

AYUH, `GENCATAN SENJATA' BUAT BLOGGER YANG SEDANG `BERPERANG'

Telah banyak masa kita berlalu menyaksikan perbalahan blogger sesama kita. Mereka ini ingin menyuarakan kebenaran masing-masing dan menjunjung kebebasan bersuara. Blog yang paling ketara dilihat banyak menghabiskan masa mereka `berperang' adalah blog Fire Stone (Batu-Api2) dengan blog Malaysia Waves (Tulang Besi/TB). Kita tentu dapat melihat tulisan-tulisan mereka di dalam blog masing-masing dengan hujah bermacam-macam. Tidak cukup dengan blog sendiri, perbalahan mereka didedahkan pula melalui website seperti Tranungkite. Setiap hari tulisan Blogger Fire Stone (Batu-Api2) disiarkan di dalam website Tranungkite, manakala blogger TB berperang di halamannya sendiri.

Saya tidak menyokong mana-mana pihak, tetapi sering membaca tulisan mereka. Biar lah akal kita menilai hujah mereka masing-masing. Setiap perbalahan tentu ada sebab musababnya kerana kedua-dua Blogger berkenaan adalah orang yang lebih berpengalaman dalam sepak terajang politik. Ada ketikanya kita melihat seolah-olah `peperangan' ini seakan berakhir, tetapi tidak lama ianya tercetus semula.

Saya sebagai Blogger agak mentah ini mohon dapatlah kiranya `peperangan' tersebut dihentikan buat seketika sebagai menghormati pimpinan kita untuk berdepan dengan `peperangan' yang lebih besar iaitu menentang puak-puak yang menyokong Apco di Hulu Selangor tidak berapa lama lagi. Pendek kata, apalah kiranya diadakan `gencatan senjata' buat seketika dan janganlah sesiapa yang memulakannya lagi. Saya juga sedar, terdapat juga Bloggers lain yang sesekali `menyampuk' perbalahan di antara keduanya. Adakah ianya sihat untuk perjuangan kita bersama di saat kita telah berikrar untuk menjahanamkan sekutu APCO di Hulu Selangor?

Sekali saya merayu agar TB dan Batu-Api2 berjanji untuk melaksanakan `gencatan senjata' ini sebagai kita menghormati langkah perwira-perwira kita yang akan ke medan perjuangan yang pasti lebih hebat di Hulu Selangor nanti. Marilah kita menggerakkan jari jemari kita di atas keyboard komputer kita dengan niat hanya satu iaitu menghancurkan puak sekutu APCO di Hulu Selangor. Sekiranya dirasakan perlu dan penting untuk `berperang' kembali, silalah lakukan selepas kita memenangi peperangan sebenar di Hulu Selangor.

Maafkan saya kerana cuba memberi sedikit pandangan yang tentunya tidak layak disebut sebagai nasihat kepada TB dan Batu-Api2 yang juga saya anggap teman seperjuangan. Alangkah susahnya menjadi Blogger kebudakan seperti saya yang tidak lagi mengerti mana satu kah yang benar di antara yang benar. Maaf dipinta. Selamat Berjuang.

http://armormech.blogspot.com/2010/04/ayuh-gencatan-senjata-buat-blogger-yang.html

Kerana orang umno, tak dapat nak berak dan kencing

Semalam saya dapat e-mail daripada seeorang pembaca laman ini bertajuk seperti pada tajuk artikel ini. Terkejut juga kerana ada yang menghantar artikel dan pendapat pada saya.

Saya memang tidak pernah bercita-cita menjadikan blog ini seperti blog lain yang menyiarkan artikel seperti suatu makalah/buletin elektonik. Saya menulis sebagaimana disebut sebelum ini, sekadar menjawab hujah yang telah lama membentuk persepsi negetif kepada sesetengah pimpinan.

Saya hadir dan bersama dengan mereka, melihat dan merenungi setiap kali mereka ini berjumpa dan berbincang. Membaca tulisan mereka dan saya rasa tidak kena kerana mereka yang tuduh tidak diberikan peluang untuk membela diri. Menyerang dengan tuduhan liar diinternet, memsong falta bukan suatu yang baik.

Ulas lagi Tulisan Wan Ji Al Bakistani yang terbaru

Terbaca tulisan terbaru Wan Ji bertajuk UMAR DITERIMA SELEPAS ISLAMNYA, WAIMA ZALIM DI ZAMAN KUFUR. Wan Ji menggunakan pendekatan Islam bagi menghalalkan apa sahaja yang memenuhi cita-cita dan hasrat "orang" yang disertainya.

Tak payah ulas panjang, pembaca mungkin faham apa yang nak diterangkan oleh Wan Ji yang selalu menggunakan al Quran, Hadis dan kisah-kisah Islam bagi membenarkan apa yang dibuat dan "disertai"nya.

(Gambar: Gambar dicilok daripada laman Wan Ji, sekadar menyamai laman Wan ji, mungkin tak berkaitan kot!)

Rabu, 14 April 2010

Jawapan tulisan Tulang Besi: Zainulfaqar dipecat?

Tulang Besi @ Seluaq Dalam yang tak  berani berhujah, sekadar menabur fitnah dengan khabar-khabar angin yang di reka sendiri untuk menyerikan berita bagi menuduh mana-mana yang dirasakan perlu telah membuka pekung diri sendiri dalam posting terbaru.

Terbaru, TB buat tuduhan lagi ZAINULFAQAR DIPECAT DARIPADA HARAKAH?;

Saya dapat maklumat, dalam mesyuarat AJK Kerja PAS baru baru ini hangat membincangkan pemecatan Zainulfaqar dari menjadi wartawan Harakah.

Pencacai TB menyerang pada komen di blog ini

Saya sebenarnya ingin berehat dan menumpu kerja-kerja pilihanraya kecil Hulu Selangor. PAS perlu berikan komitmen dalam PRK ini. Ustaz Nasharuddin adalah pengarah Pilihanraya Kecil untuk PAS, dan sebagaimana yang ditulis sebelum ini memang atau kalah Ustaz Nasha berisiko akan menjadi "kambing hitam". Tapi Islam mengajar kita tentang tanggungjawab soal pandangan dan tuduhan liar harus diketepikan biar Allah mengajar mereka yang berhati busuk ini.

Blog ini telah dikomen oleh Tanpa Nama, (Dulu saya tak buka kepada umum untuk komen tapi atas dasar keterbukaan saya membukanya kepada sesiapa sahaja boleh komen tanpa edit dan penapisan) dengan komen yang prajudis.


Budaya Pertelingkahan Pendapat Adalah Sesuatu Yang Sihat?

Saya berpendapat TB sudah tidak akan menjawab. Dia sekadar menyerang mereka yang daif dalam berhujah dan melari diri apabila berhujah dengan fakta. Saya rasa semua pembohongannya sudah tidak boleh ditutup lagi. Itu belum lagi kita bongkar tuduhan-tuduhan liar yang dibuat sepanjang beberapa tahun ini.

PRK Hulu Selangor sedang rancak diperkatakan tenaga dan usaha perlu di tumpukan. Tak kira siapa yang bertanding daripada PR kita haru bersama berganding bahu ke sana, berkampung dan menumpukan sepenuh tenaga. Jika boleh bercuti bagi yang bekerja, kita bercuti. Inilah masa untuk memberikan sumbangan demi menegakkan keadilan, memamparkan Islam dan menunjukkan gah organasasi Islam di mata masyarakat.


Selasa, 13 April 2010

Anjing sudah tidak suka tulang lagi..

Bila saya beritahu kepada pembaca bahawa anjing tidak gemar makan tulang lagi, mungkin anda akan bertanya kepada saya, betul ni Batu Api? Anda mungkin juga terfikir bahawa saya ingin menguji kepintasan berfikir. Ya mungkin tulang kayu atau Tulang Besi (bukan seluaq dalam), yang sudah pasti tidak akan "berselara" nafsu si anjing berkenaan.

Tapi jika anda baca berita yang di siarkan oleh AP anda akan dapat jawapannya.

Pembohong serba tahu..

Saya terbaca lagi satu artikel daripada penulis yang serba tahu bertajuk Zaid Ibrahim Calon PKR Hulu Selangor. Kenapa saya kata serba tahu, kerana penulis ini akan memberitahu bahawa semua maklumatnya adalah betul dan benar, tidak ada yang palsu melainkan benar belaka.

Petikan terbaru artikel Tulang Besi @ Seluaq Dalam ialah;

Ini bermaksud maklumat yang Tulang Besi dapat seminggu yang lepas adalah benar. Semoga pemilihan ini diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Walaupun saya antara yang paling tidak suka Zaid sewaktu beliau dalam UMNO dulu kerana memfail saman terhadap undang-undang hudud di Kelantan yang beliau telah tarik.

Isnin, 12 April 2010

Apabila satu team pura-pura bergaduh...

Tadi pulang daripada merantau, sambil melayari internet terbaca tulisan Tulang Besi bertajuk Cabaran Kepada KICKDEFELLA: Sila Buat Laporan Kepada SPRM saya tersenyum, terhibur dengan opera sarkas geng Task Force 13.

Kena diperbodoh lagi pembaca dengan puak-puak ini. Hati kecil terasa untuk menulis, walaupun saya rasa si Seluaq Dalam ini tak berani menjawab tulisan saya. Penipu @ Pembelit mana berani bersemuka, berhujah dengan fakta yang benar. Kalau jantan jawablah.

Tak payah nak lari daripada isu sebenar! Kalau benar berhujah, takkan hujah benar boleh mengalahkan hujah yang batil, melainkan memang dah sebati sebagai pembohong kerena kecewa dengan jawatan CEO sama juga dengan Kickdefella..

Kenapa perlu berlakon, hentam sesama sendiri?

Semoga Allah memberkati Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS

Fitnah kepada TGNA, makin menjadi-jadi. Kadangkala sukar untuk dibuktikan kepalsuannya sebagaimana Nabi Allah Yusof a.s. difitnah sehingga Allah memberikan pertolongan, sebagaimana isteri Rasulullah s.a.w juga terfitnah sehingga Rasulullah s.a.w berduka cita.

Permainan fitnah oleh blogger yang disebut oleh TGNA sebagai "blogger celaka" semakin menjadi-jadi sehingga hilang rasa keislaman pada diri membuatkan orang yang terfirnah teraniyai. Begitu juga dengan TGHH, Dr Harun Din , Ustaz Nasa, Dr Hassan Ali dll mereka juga dilibatkan dengan pelbagai tuduhan yang yang dihubung jaling agak kebenarannya nampak terjelas dan kepalsuan ditengelamkan.

Ahad, 11 April 2010

Ulas artikel berforum dengan Dato' Nakhaie

Saya teringat pasal Usrah Barbican, tulisan TB lalu saya membuka laman Al Bakistani kerana laman ini senonim dengan Barbican. Terpapar artikel baru Wan Ji bertajuk Berforum dengan Dato' Nakhaie. Tidak berhasrat untuk mengulas mengenai Dato' Nakhaie yang pernah baling kertas kerja kepada geng Terengganu dalam mesyuarat Harian PAS Pusat tapi berminat dengan satu petikan pendapat Wan Jin iaitu;


Antara kupasanku tentang Islam di alam melayu, aku mengemukakan beberapa pembuktian, seperti penggunaan kalimah Melaka yang berasal dari kalimah arab, iaitu ‘Malqa’ yang bermakna ‘tempat pertemuan’ pedagang arab dan India dalam menyebarkan Islam di tanah melayu. - Wan Ji AlBakistani
Saya tak setuju kedatangan Islam di Melaka adalah tempat pertemuan pedangan Arab dan India dalam menyebar Islam di Tanah Melayu. Ini semua adalah mitos dan dogengan pejajah Inggeris yang masih berpaku di kepala otak sesetengah masyarakat kita tak kira apa latar belakang pengajian agamanya.

Sabtu, 10 April 2010

Ulasan pendek kepada Mamat yang baru kenal Memali

Terbaca secara tak sengaja satu artikel bertajuk MEMALI OH MEMALI. Penulis artikel itu ada menulis satu komen berbunyi;

Yang dok ingat kes Memali kini ialah geng jalanan - ada sajak khas dan nyanyian khas Memali oleh anak muda pro reformasi. Ahad ini geng human rigaht pula mengingat Memali. Geng Pas hanya sibuk nak memerintah Malaysia sahaja agaknya....

Antara Tulang Besi dengan Tok Guru Haji Abdul Hadi

Sambung lagi perbandingan kepimpinan yang agung dan membongkar penyelewengan PAS. Sebelum ini saya telah membuat perbandingan antara Kickdefella dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam tajuk Antara Kickdefella dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Saya sambung pula dengan pakar pendedahan masa kini yang unggul, Tulang Besi dengan falsafah khabar angin adalah benar.

Antara Kickdefella dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz

Dah letih layan tulisan berfakta dengan geng usrah barbican, aku nak tulis santai ajelah. Santai ni juga bukan perkataan aku sebagaimana perkataan blogger celaka. Kalau Ezam Mohd Nor kagum dan meniru gaya percakapan Anwar, masuk UMNO pun masih bercakap macam dan gaya Anwar.

Penulisan dan gaya percakapan sebenarnya boleh ditiru dengan pelbagai tujuan. Saya sekadar beritahu sahaja, nak percaya atau tidak anda semua ada akal boleh berfikir. Jangan nanti orang gelak kerana kebodohan kita "mencari hantu".

Rahsia dan Tak Rahsia

Membaca tulisan daripada bos PAS Reform, Aduka Taruna pasal Pendirian isu ‘Rahsia Parti’ oleh PAS REFORM, membuatkan saya ingin masuk gelanggang. Tapi setelah melihat Ali Zaidan telah "membelasah" teruk AT saya tak jadi, mana boleh dua ahli gusti masuk sekali gelanggang! Kita ahli gusti baik berg!! (Tapi ikut logik mana boleh SP menulis serentak kan??)

Kalau nak berhujah dengan Aduka Taruna (AT), tak payah pakai ilmu sangat, dia kurang faham. Saya ingat pasal kurang fahamlah sampai hari ini AT tak terjawab tulisan Ali Zaidan (AZ).

Tulang Besi cuba mengalih isu sebenar

Terbaca tulisan penuh emosi (mungkin letih berSMS dengan Cikgu Pa agaknya!) oleh seorang penulis bernama Tulang Besi @ Seluaq Dalam menghentam seorang blogger. Artikel ini boleh dibaca di sini dengan tajuk Siri Menjawab Tomahan Bodoh: "USRAH BARBICAN"

Tulang Besi @ Seluaq Dalam tak payah besar-besarkan isu Usrah Barbican. Usrah Barbican boleh dibuat ditempat yang tertutup. Pesan sahaja Barbican dan Nasi Arab bungkus lagi mudah. Lagi mudah misalnya Wan Jo, pemandu Exco akan datang ambil dia di rumahnya untuk buat Usrah dengan Exco bagi membincangkan bagaimana maklumat dan strategi menaik dan menurunkan imej kepimpinan. (Jangan cabar saya dedah, nanti saya akan sebut nama Exco berkenaan, siapa pemandu yang diarah akan pi ambil Wan Jo dan di mana dia bertemu - ada beberapa tempat. Saya dinasihati kawan jangan dedah aib seseorang melainkan memberikan keinsafan akan tugas sebenar sebagai daie)

Khamis, 8 April 2010

Terpaksa dibedah kerana main SMS

Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Sarapan pagi seorang Menteri Besar, pandangan saya

Saya terbaca satu artikel daripada Cikgu AlHusseyn yang bertajuk Sarapan pagi seorang Menteri Besar yang diambil daripada tulisan Wan Rusma Deris dan terlintas untuk menulis sedikit mengenai artikel ini kerana gambar TGNA cukup menyetuh hati saya.

TGNA seorang yang cukup zuhud dan ramai dikalangan pimpinan PAS pun begitu juga kerana mereka ditarbiyah begitu melainkan jika ada program-program tertentu menyebabkan watak, pakaian dan cara makannya nampak semacam asing.

Rabu, 7 April 2010

Cikgu Pa dan Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam

Saya telah berjanji untuk menulis mengenai Cikgu Pa dan Tulang Besi. Hari ini saya tunaikan janji saya dan kenapa saya menangguh begitu lama sebelum saya menulis perkara ini saya akan penjelaskan pada tulisan ini nanti.

Cikgu Pa semua orang kenal. Antara manusia dalam PAS yang berani "break" semangat 16 September. Memang dia sengaja. Masa buat sidang akhbar di KL dia boleh minta padamkan kamera video tetapi seolah-solah sengaja menyuruh menulis beberapa perkataan yang cukup sensitif.. apa yang disebut dan tidak mahu dirakamkan. Dibuat lagi sidang di akhbar di Terengganu.

Hasil makluman "segera" daripada pihak akhbar harakah juga, TGNA mengamuk sakan!! TGNA selepas itu ke KL ditumbuk-tumbuknya gambar muka Cikgu Pa sambil berkata kalau saya muda saya ludah dia ini. (bahasa TGNA dialih dengan bahasa yang mudah faham) Malam itu TGNA berceramah di Taman Melewar semua orang tahu bagaimana marahnya TGNA.

Ulas lagi pasal komen Xenan

Bersyukur, apabila artikel saya telah dibalas, sebelum ini banyak artikel saya tak ada respon seolah-olah macam orang tak iktiraf saya sebagai penulis. Terima kasih Xenan!!

Tapi bila sejenap berfikir, Tahulah saya, menulis dengan fakta yang betul, hujah yang benar bukan fitnah dan putar belit fakta orang yang "terkena" batang hidung tidak akan mengulas dan memberikan respon. Mereka terdiam membisu dan mengalih dengan isu-isu lain. Benarlah kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz, mereka adalah "blogger celaka" yang cuba mengubah pandangan masyarakat.

Artikel terbaru saya mendapat respon kerana dikata tidak menepati fakta. Masa inilah boleh hentam sama batuapi biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah!!

Isnin, 5 April 2010

Hanya Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM

Pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tubuh bagaikan cendawan. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Pasal Xenan, pelukis logo PAS Reform

Hari ini saya nak tulis santai-santai aje. Kalau nak bersantai, nak berhibur pi lawat laman geng PAS Reform. Joke sakang!! Tulisannya boleh dikategorikan lawok 18SX. Bahasanya mak datuk mengalahkan bahasa "lembu berlaga"

Xenan ini, ada member cakap cikgu. Tapi saya cakap betul-betul memang saya tak kenal dia. Tak pernah jumpa dan tak pernah bercakap. Tahu pun ada orang kata dia yang buat logo PAS Reform. Dia haramkan mana-mana blogger yang letak logo PAS Reform kalau mempertahankan batang tubuh pimpinan PAS. Ini saya setuju.

Saya sebenarnya menulis pasal Xenan bukan apa, hanya nak komen artikel dia pasal Ajaran Asabiah Haram Jadah Tranungkita aka PAS.

Ustaz Nasharudin Mat Isa Pengarah Jentera Pilihan Raya Hulu Selangor, Apa kata blogger celaka?

Pertama saya minta maaf perkataan blogger celaka. Perkataan ini bukan perkataan saya tetapi diaditapsi daripada apa yang diluahkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz mengenai gelagat sesetengah blogger yang memutar belitkan fakta dan mengeruhkan hubungan sesama mukmin dan melemahkan jamaah Islam.

Ok. Hari ini Datuk Mahfuz Omar mengesahkan bahawa Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan raya kecil kali ini. Mahfuz Omar berkata;

Ahad, 4 April 2010

Pertemuan 4 Mata antara Ustaz Fadhil Noor dengan Dr Mahathir Mohamad

Saya tertarik untuk membawa pembaca  merenung bersama bagaimana seorang pemimpin parti Islam haruslah berjiwa besar dan bersifat terbuka. AlMarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor adalah tokoh Presiden PAS yang boleh di contohi. Anda baca komen Hanipa Maidin dalam tulisannya Merenung Kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Saya juga terbaca tulisan seorang wartawan Harakahdaily yang jumud Zainulfaqar menulis dengan tajuk Presiden PAS mengaku bertemu dengan PM! dengan tujuan menyerang keseluruhan kepimpinan PAS terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden. Wartawan ini merasai dirinya terselamat kerana Zulkifli Sulong berada dibelakangnya. Zulkifli Sulong sebagaimana saya telah menulis dahulu "saling garu mengaru" dengan Cikgu Pa.

Sabtu, 3 April 2010

Siapa pembocor rahsia PAS?

Apabila saya mendedahkan maklumat bahawa Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib tidak membayar yuran keahlian yang hanya RM3 setahun. Bukan sekali malah dah banyak tahun menyebabkan status keahliannya dikategorikan sebagai ahli tidak aktif, TB begitu marahkan saya.

Pembohong akan tidak lari daripada tabiatnya untuk terus berbohong; Anjing kalau dah makan tahi; tak dapat tahi baunya sudah cukup.

Saya dikatakan sebagai bahaya kerana mempunyai maklumat rahsia PAS sehingga satu tindakan perlu diambil kepada saya. Pelbagai tuduhan bodoh sebagaimana TB mereka-mereka cerita untuk burukkan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin juga direka untuk menunjukkan saya di bahaya. Saya di tuduh sebagai Songkok Putih, Selepas itu saya dituduh kerja di Pejabat Agung PAS. Saya juga disebut sebagai Haji Azhari (entah siapapun aku sampai hari ini belum kenal mamat ini). Saya juga di tuduh meor sebelum Ali zaidan dituduh dengan perkara yang sama. (baca di sini http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/ali-zaidan-pula-cabar-tulang-besi.html)

Serangan untuk pecah belahkan PAS

Saya ditanya kepada tak mengulas isu Ustaz Nasharuddin Mat Isa tidak hadir dalam perbahasan di Parlimen yang ditulis oleh Zainulfaqar. Tergelak dan mengeling kepala. Saya berkata, tulisan saya tak ada yang nak menjawab. Mereka sekadar melempar "telur busuk" sahaja.

Sebab mereka adalah "agen" yang ditugas untuk membunuh kerier pimpinan yang menganggu urusan pencaturan politik demi kepentingan bersama.

Kawan saya merenungi saya dan saya menganggap bahawa dia tertarik dengan maklumat ini. Terlintas suaranya "ada bukti dan maklumat ke?".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog