Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 28 November 2010

Bila dah jadi penulis tersohor, jangan buat kerja bodoh

Saya suka membaca blog Mohd Sayuti Omar, tapi saya tak banyak sependapat dengan Sayuti. Saya terima hakitan beliau adalah 'spesis' yang tak ramai lagi boleh mengolah isu-isu negara.

Antara kawan beliau ialah Meli Kapak Jangat, seorang penulis kreatif dan skrip drama. Juga menulis novel yang banyak juga memenangi hadiah pertandingan penulisan novel. Nama sebenar ialah Ramli Abdul Halim menulis di blog http://melikapakjangak.blogspot.com/

Terkini saya baca satu posting ringkas beliau yang ke 856 dengan tajuk "Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang."

Saya ambil keseluruhan posting tersebut;

SAYA ada terima kiriman gambar berikut yang lengkap dengan cacatan melalui email, lama saya perhatian. Apa ada di sebalik gambar ini. Apa ada kaitannya dengan TGNA.



Terkejut beruk saya bila dijelaskan bahawa gambar hitam putih adalah hari persandingan Nik Aziz Aziz Nik Mat (kini Dato dan Tuan Guru) dengan isterinya Tuan Sabariah Tuan Ishak (kin Datin).


Nampak jauh benar bezanya antara dulu dengan sekarang. Betul kata orang lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. (Asalnya : http://melikapakjangak.blogspot.com/)


Sedih juga dengan sifat penulis yang dah tersohor boleh terjabak dalam penyebaran fitnah. Takkan Meli tak kenal Nik Abdul masa dia muda dulu. Meli kan banyak "bergadoh" (ore kelete kata gomo) dengan Nik Aziz, sampai sekarang pun dia tak setuju dengan Nik Aziz. Tapi takkan nak sampai fitnah atau menyambung fitnah.

Orang tersohor tak buat kerja bodoh macam ini.

Ini adalah gambar Nik Abdul Aziz semasa muda. Sebagai seorang penulis yang juga menulis di Utusan tak kan Meli tak boleh bezakan muka TGNA masa muda. TGNA tak pernah buang "semutar" (serban). Di bawah ini saya ambil lagi satu gambar Nik Abdul Aziz semasa muda.


Mungkin Ramli Abdul Halim penulis tersohor nak tahu siapa gambar yang disebarkan oleh sebahagian blog penyokong dan pengiat UMNO.

Gambar itu sebenar adalah Nik Abdul Aziz Kamil. Entah siapa aku pun tak kenal. Cerita lama lah Meli, tahun 2009 dia orang dah serang TGNA tapi tak berjaya dipatah dalam forum TKO. Sekarang nampak nak guna semula dan syabaslah blog Kapak Jangak dan Meli menjadi penyambung fitnah ini.
Boleh klik sekiranya nak besarkan

Link gambar ini kerana terlalu lama suda hilang, tapi ditakdirkan Allah saya masih ada menyimpannya. Link asal gambar Nik Abdul Aziz Kamil, http://fhtechnology.biz/cubecart/index.php?act=viewProd&productId=19

Sebagai manusia yang ada maruah adalah lebih baik Ramli Abdul Halim membetulkan kesilapan ini. Sebaik-baik manusia mengaku akan kesilapan. Maaf saya tegur secara langsung sesuai dengan penulisan blog saudara yang terbuka dan langsung. Saya juga suka mendegar kata-kata sebahagian besar penulis tersohor yang saya kenal, "Jika kita kritik orang, maka orang boleh kritik kita".

Akhir kata, jangan sampai saya sudah tawar untuk melawati blog saudara. Nasihat dan tulisan baik di blog saudara akan menjadi seperti menjirus air di daun keladi.

4 ulasan:

  1. kuang kuang kuang!
    setelah sekian lama aku berpuasa dari membuka dan melayari blog melikapakjangak, secara tiba-tiba BatuApi buka cerita mengenai manusia yg bernama meli. seorang tua yang pernah berkerja pejabat penerangan SUK dan kontraknya tidak disambung apabila tamat. ????.
    Daripada catatan pada blognya, beliau merupakan seorang yang terlalu membenci dan berdendam kpd TGNA, padanya TGNA adalah manusia paling tidak sempurna di muka bumi. Bahkan siapa sahaja yg dilihat cenderung kepada menghormati TGNA akan disindirnya.
    aku pun payah untuk memahami makhluk ini, kenapa beliau membenci TGNA seperti membenci seorang pencuri dan perompak.
    jika keraguan timbul dgn apa yang aku catat ini, sesiapa pun boleh membaca untuk kali terakhir blog beliau, jangan membaca untuk kali kedua.

    BalasPadam
  2. Aku nampaknya dah mula berpuasa macam hangpa jugalah batuair.

    BalasPadam
  3. hancur hidup mu meli... kalu mu tak taubat nasuha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog